Isis: Makan ubi, atasi beras mahal – Malaysiakini.com

May 14, 08 11:02am
Rakyat disaran memakan keledek dan kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji kerana ia boleh mengurangkan penggunaan beras yang harga semakin naik.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berkata pengambilan ubi bagi menggantikan beras dilihat sesuai dengan trend makanan masyarakat Malaysia sekarang.

“Malah, kanak-kanak juga gemar makan kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi-ubi tersebut.

“Di Jepun, harga ubi keledek sangat mahal kerana penduduknya lebih menggemari makanan itu berbanding nasi,” katanya pada Forum Umum Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat di sini hari ini.

Menurut laporan Bernama, forum tersebut dipengerusikan oleh pengerusi Isis Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Felo kanan Isis, Dr Larry Chee-Yoong Wong, yang turut menjadi ahli panel dalam forum itu, menyokong cadangan Mahani itu dengan berkata ia merupakan langkah yang baik kerana kedua-dua ubi berkenaan mempunyai pelbagai khasiat serta baik untuk kesihatan.

- Petikan daripada Laman berita Malaysiakini.com.

P/s: Ape nk jadi ngn Malaysia ni !!!

Comment: Korang ingat skang ni zaman jepun dlu ke nk bg makn keledek ?!!

~ by th6sixth on May 15, 2008.

13 Responses to “Isis: Makan ubi, atasi beras mahal – Malaysiakini.com”

  1. renti kan la kemattttttt………

  2. abes kalau nanti ubi pun naik harga kita nak makan ape????
    xkan makan rumput macam lembu kot….atau sup batu…..mungkin juga kayu….?????

  3. haduh…dok kan nok kene makang ubi plok….hmmm…kalu wat jadi potato chip tu xpe..ambe wahi…heheheh….

  4. bodo nyer idea bengong

  5. suruh jer menteri-menteri tu semua makan ubi kat parlimen.

  6. abes tuh,beras kite gi mane??

    amerika amik ker?

  7. Kalau korang banyak duit,terus le makan nasi pagi,petang dan—– selamanya.
    Cadangan Dr. tu kerana harga beras telah diangkasakan.Untuk kurangkan perbelanjaan makan kita, pelbagaikan lah – nasi,ubi,tepong.
    Cadangan yang BERNAS dari Dr.

  8. Apa nie, kan baik kalau cadangkan kita tanam padi mulai dari sekarang ditanah sawah yang terbiar daripada dibuat rumah kedai atau rumah batu. Dulu dah baik negara ini sebagai negara pertanian, ada universiti pertanian, gatal pergi tukar ke negara industri dan universiti putra….la nie sebok melayu gaduh sama sendiri, apa dah jadi…kalau tak pandai, letak jawatan….jangan pandai cakap ikut suka mulut aje….bila keluar tv, mulalah tunjuk pandai,mentang-mentang ada dr pula tu…..

  9. biar betikkkk!!c’mon la.takkan nk mkn ubi kot..mknn len byk lagi.

  10. lol

  11. How about me? diabetic-ubi alot of starch,beras pun sama.
    Dah lah control diet,sekarang kena makan ubi dan potatoes chips.
    Nasib baik ada duit sikit,kalau tak makan capati tak bisa kerana gandum naik harga.

    Good idea tapi tak masuk akal-kita ini orang makan nasi hari2 bukan makan steak dan jagung macam mat salleh.

    Bagilah idea bolih terima pakai,jangan jadi macam zaman jepun makan ubi.

    rajraman666.Bolih jadi setan999 kerana idea orang kaya berpelajaran tinggi kadang kala bolih pakai tapi tak masuk akal .

    Tak payah tanam padi dah,tanam ubi lagi senang.

  12. dh la..
    xpyh nk bsing2 psl beras naek ke ape ke..
    kta ni rkyt je..
    bkn pmimpin..
    dh nsb kta nk cmne kn..

  13. ubi siro ado dok?? ganah jgok pagi2 jual ubi siro tepi jale..

Leave a Reply